Thursday, March 17, 2011

Preview Filem Kongsi : Lu Langsi Lu Mati

Filem ini adalah filem aksi komedi. Mengisahkan tentang penyiasatan ASP Sharif ( Fizo Omar ) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.  Kumpulan kongsi gelap yang terdiri drpd pelbagai bangsa ini menjadi huru hara setelah kehadiran seorang pembunuh upahan yang bernama Tumulak ( Shaheizy Sam ) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati. Selain itu, Detektif Maya ( Norliana Samsudin ) sukar mendapat maklumat kerana Tumulak licik dan  bergerak sendirian. Namun segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu ( Bront Palarae ). Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. So, apakah kesudahannya. Nantikan di pawagan di sekitar kawasan anda pada Mei ini.

SNEAK PEEK BEHIND THE SCENES!
Farid Kamil, director filem kongsi. The main cast, Shaheizy Sam dan David Teo, producernya.

The cast dan director.

Macam ni la Sam. Penat aku ajar kau.

Mampos kau! Baru betul.
  
Scene kejar-mengejar.

Yang penting aku handsome. hahaha

Kalau terjatuh atas rambut Sam ni boleh maut aku rasa.

Senyum selalu ok. Jangan lupe tonton ya.


No comments:

Post a Comment