Sunday, January 30, 2011

Betul ke ade hantu kat rumah seksyen 2 dpn wetworld?

Aku tak taw la sbb bkn aku yg kene. Cerita ni dah 9 tahun lalu. Aku terbaca dan terus baca walaupon panjang gak story nyer. Serious mmg takut giler. Tu baru bace jer belum lagi duduk kat situ. Masa sis aku blajar kat uitm kite org selalu lalu kat umah tu sbb tiap2 minggu ibu ngan bapak aku hantar sis aku. Aku pon ikut la skali. Mmg ade umah tu aku pon perasan. Struktur umah mmg style lama. Aku tgk pon seram. Patut lah tak ade orang duduk. Pelikkan. Tapi ape sbbnya ade hantu kat umah tu. Ade org mati ke dulu? Ke tempat tu bekas tanah perkuburan? Sbb aku bace dorg tu jmpe bnyk hantu. Hantu budak kecik, hantu mcm pontianak, hantu menyerupai kwn2 dorg & smpai jmpe batu nisan atas katil. Seram kan. Kite mane taw ape2 kan. Dorang peduli ape nak bagi kite tanah kat mane pon. Asalkan kite ade tmpt tinggal. Lagi pon dah bertahun tp takkan jiran tak merungut kan? Mmg ade kes budak2 uitm dok situ dan 2 drpdnya dah meninggal. Mase tu kwn die terpikir la sbb dorg ade kacau busut kat belakang umah tu. Bapak aku pon ckp jangan usik busut2 kalau jumpe sbb jin suke dok kat situ. Jmpe ke tak jmpe ke aku ttp tak nak usik. Btw kalau nak siasat pon susah kan, kite ni manusia bkn jin so ssh la nak mengetahui. Hanya Allah sahaja yang mengetahui ape yang terjadi kat umah tu dan puncanya. Al-fatihah kepada mereka yang meninggal.

Saturday, January 22, 2011

Interlok.

Aku bukan la mengata tp pasal hal kecik mcm ni korang besar-besarkan. Tambah-tambah pulak PM kite ni bagi muke lagi kat dorang. Nak buat mcm mane name pon sejarah, takkan korang tak pernah nmpk words tu dlm buku sejarah lain. Itu mmg betul ada bkn di ada-adakan. Aku pon pergi la sekolah dulu, takde orang kecoh pon. Mungkin sesetengah  pihak menimbulkan perasaan prasangka, tp udah-udah la tu. Kite ni bukan negera yang berperang, kata 1Malaysia. Banggakan la sangat. Orang yang menulis buku ni lebih pandai, so jgn nak mengata dia sbb dia pandai sejarah. Orang yang bodoh je sebok nak buka pasal kes ni. Apa-apa pon aku berharap agar semakin kuranglah orang yang berfikiran sempit. Tak akan timbul isu perkauman lagi sbb aku mmg hidup aman di Malaysia ni. Mempunyai pelbagai bangsa. Semua bangsa aku buat kawan, bagi aku ini yang terbaik dari negara-negara yang lain.

Thursday, January 20, 2011

Selamat Hari Jadi Ke-18 Buat Diriku..

Terima Kasih kepada semua yang telah wish birthday aku. God bless you guys. I hope I will fill with joy and happiness at very time for this new year. Thank you so much to people who always care about me especially Ibu & Bapak and of course friends, cousins and to all who knew me. Thanks again..=)

Monday, January 17, 2011

The 68th Golden Globe.

Aku tgk Golden Globe dan aku rase takdelah bosan sangat sbb artis-artis tu semua pandai buat lawak. Acara tersebut ringkas dan tertutup. Yang paling menang besar Glee & The Social Network. Actor filem terbaik (drama) Colin Firth, actress filem terbaik (drama) Natalie Portman, actor filem terbaik (muzikal / comedy) Paul Giamatti, actress filem terbaik (muzikal / comedy) Annette Bening, actor pembantu terbaik Christian Bale & actress pembantu terbaik Melissa Leo. Filem terbaik drama : The Social Network, filem muzikal / comedy terbaik : The Kids Are All Right. Director terbaik : David Fincher. Aku tulis yang penting jelah bagi filem-filem. Pakaian dorang pon cantik-cantik, takdelah merepek sangat, warna-warna pon cool. Nak buat macam mane, negara dorang maju. Overall the golden globe is amazing and perfectico.

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Pelakon Kacukan Orang Putih Kurang Famous?

Aku tak tahu la kenapa, tapi setelah diselidik, mmg pelakon mix ni kurang glamor. Nak kata berlakon filem, tak jugak. Dania Danielle tu ade la jugak tapi still tak dapat mengangkat name dia di Malaysia ini. Tak dinafikan tapi lakonan dorang bagus jugak, ada bakat dan macam-macam lagi. Mungkin sebab dorang ni mix, so macam orang putih la. Cuba korang test berlakon kat Hollywood, mungkin diiktiraf. Pakej dah ade, handsome, cantik, lawa, gebu lagi tapi tak famous. Pelakon yang melayu betul akan famous walaupun asal dari Singapura. Sebenarnya ramai yang kacukan orang putih ni jadi pelakon kat Malaysia ni, tapi still tak dapat naik jugak. Contohnya, Natasha Hudson or Deana Yusof. Aku tak tahu mane dorang tu pergi. Apa-apa pun bakat yang penting, bukan paras rupa. Banyak bakat yang ada kat dorang cuma kita janganlah pandang dengan sebelah mata jer. Btw mix ke tak mix ke, bakat korang dalam setiap lakonan akan tetap dihargai.

Saturday, January 8, 2011

LAUT SYAITAN

Pernah la dengar-dengar cerita pasal laut ni. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Segitiga Bermuda, Segitiga Bermuda lagi famous la. Orang kata daerah di lautannya tenang, 800 batu sebelah tenggara Jepun, yang terletak antara Pulau Ivojima dan Pulau Markus serta kurang terkenal kerana terletak jauh dari daratan Jepun. Segitiga Bermuda banyak menelan kapal dan persawat serta ramai yang telah hilang bila lalu disitu. Namun demikian, Laut Syaitan juga bertanggungjawab terhadap hilangnya beberapa kapal dan pesawat. Antara tahun 1950 hingga 1954 telah hilang tidak kurang dari sembilan kapal besar tanpa meninggalkan bekas. Pada tahun 1955 pemerintah Jepun mengirim la beberapa pakar untuk menyiasat dengan menggunakan kapal Kawamaru. Malangnya Kawamaru hilang tanpa jejak. Tak silap aku Laut Syaitan ini bertentangan dengan Segitiga Bermuda. Syaitan memang suka dengan posisi-posisi yang terletak antara dua hal yang bertentangan ini. Aku tak tahu la betul ke tak, aku terbaca dan aku memang suka benda-benda aneh lagi mistik ni. Tapi ini semua Allah saja la yang mengetahui..

p/s: Gambar diatas hanyalah contoh sahaja.

Monday, January 3, 2011

Bila Nak Ada Basikal Lagi??

Masa aku kecik-kecik dulu ada la basikal tapi roda empat la. Then dah besar sikit baru naik basikal yang roda dua, la ni tak ada roda langsung. I wish I can get another bicycle fom my dad but where can I get some money? Orang kata sekarang ini dah tak main la basikal, sekarang ini motor. Kau orang ingat motor tu seringgit dua, aku ini lesen motor pun tak ada. Basikal tak payah pakai lesen lagi senang. Aku guna basikal ini bukan nak tunjuk lagak, cuma dah lama sangat tak naik basikal, bersenam naik basikal, semua lah. Lagipun boleh la ronda-ronda dalam kampung naik basikal. Lagi selamat daripada motor. Bab-bab yang suka wheely tu yang aku tak berkenanan. Jangan nak tunjuk samseng la dekat sini nanti korang semua nahas kena telan dengan tar jalan. I hope this bicycle dream become true....

Saturday, January 1, 2011

Lepaskan Aku Pergi.

Hisham @ Aboi ( Aaron Aziz ) dan isterinya ( Iera Syazira ) merupakan pasangan suami isteri yang bahagia. Hisham pula dah terkantoi dengan isterinya yang dia merupakan pengedar dadah. Jadi isterinya amat marah kerana wang yang diberikan oleh Hisham itu sebenarnya wang dari kerja-kerja haramnya itu. Jadi ape lagi gaduh la dorang. Hisham cakap "Nak makan apa kalau tak ada duit? Batu? Pasir?" ( aku suka dia cakap macam ni ). Lama-kelamaan Hisham ingin bertaubat dan insaf akan perbuatannya itu dan ingin kembali hidup bersama keluarganya seperti dahulu dan kawannya ( tak ingt nama ) ( Cat Farish ) sudi membantu Hisham untuk bertaubat. So, Hisham ni nak jumpa la dengan isteri dan anakya itu sebelum dia menyerah diri kepada polis. Lagipun dia dah dikehendaki polis. Hari yang Hisham nak jumpa isteri dia dan menyerah diri kepada polis itu merupakan hari ulangtahun perkahwinan meraka. Punya bersusah payah nak jumpa isterinya, langsung mati kena tembak ( sambil berlatarkan lagu Salam Terakhir ) serta sempat la jugak dipangku oleh isterinya.  Bagi aku cerita ni bagus la jugak dan aku boleh bagi 3 1/2 daripada 5 bintang. Tetapi kematian Hisham ( Aaron Aziz ) bikin gua merana. Berani betul polis tu tembak dia tanpa pengetahuan aku ye...hehehe
Lakonan : Aaron Aziz, Iera Syazira, Cat Farish, Nasha Aziz & Roy Azman.

Faizal Yusof meninggal dunia..

Al-Fatihah kepada Faizal Yusof. Punca kematian dikatakan daripada serangan jantung. Arwah meninggal dunia di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang sabtu. Jenazah arwah akan dikebumikan jam 10 pagi ( 2 Januari 2011 ). Semoga roh arwah akan dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman....Al-Fatihah....