Hisham @ Aboi ( Aaron Aziz ) dan isterinya ( Iera Syazira ) merupakan pasangan suami isteri yang bahagia. Hisham pula dah terkantoi dengan isterinya yang dia merupakan pengedar dadah. Jadi isterinya amat marah kerana wang yang diberikan oleh Hisham itu sebenarnya wang dari kerja-kerja haramnya itu. Jadi ape lagi gaduh la dorang. Hisham cakap "Nak makan apa kalau tak ada duit? Batu? Pasir?" ( aku suka dia cakap macam ni ). Lama-kelamaan Hisham ingin bertaubat dan insaf akan perbuatannya itu dan ingin kembali hidup bersama keluarganya seperti dahulu dan kawannya ( tak ingt nama ) ( Cat Farish ) sudi membantu Hisham untuk bertaubat. So, Hisham ni nak jumpa la dengan isteri dan anakya itu sebelum dia menyerah diri kepada polis. Lagipun dia dah dikehendaki polis. Hari yang Hisham nak jumpa isteri dia dan menyerah diri kepada polis itu merupakan hari ulangtahun perkahwinan meraka. Punya bersusah payah nak jumpa isterinya, langsung mati kena tembak ( sambil berlatarkan lagu Salam Terakhir ) serta sempat la jugak dipangku oleh isterinya. Bagi aku cerita ni bagus la jugak dan aku boleh bagi 3 1/2 daripada 5 bintang. Tetapi kematian Hisham ( Aaron Aziz ) bikin gua merana. Berani betul polis tu tembak dia tanpa pengetahuan aku ye...hehehe
Lakonan : Aaron Aziz, Iera Syazira, Cat Farish, Nasha Aziz & Roy Azman.
No comments:
Post a Comment