Pernah la dengar-dengar cerita pasal laut ni. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Segitiga Bermuda, Segitiga Bermuda lagi famous la. Orang kata daerah di lautannya tenang, 800 batu sebelah tenggara Jepun, yang terletak antara Pulau Ivojima dan Pulau Markus serta kurang terkenal kerana terletak jauh dari daratan Jepun. Segitiga Bermuda banyak menelan kapal dan persawat serta ramai yang telah hilang bila lalu disitu. Namun demikian, Laut Syaitan juga bertanggungjawab terhadap hilangnya beberapa kapal dan pesawat. Antara tahun 1950 hingga 1954 telah hilang tidak kurang dari sembilan kapal besar tanpa meninggalkan bekas. Pada tahun 1955 pemerintah Jepun mengirim la beberapa pakar untuk menyiasat dengan menggunakan kapal Kawamaru. Malangnya Kawamaru hilang tanpa jejak. Tak silap aku Laut Syaitan ini bertentangan dengan Segitiga Bermuda. Syaitan memang suka dengan posisi-posisi yang terletak antara dua hal yang bertentangan ini. Aku tak tahu la betul ke tak, aku terbaca dan aku memang suka benda-benda aneh lagi mistik ni. Tapi ini semua Allah saja la yang mengetahui..
p/s: Gambar diatas hanyalah contoh sahaja.
No comments:
Post a Comment