Monday, March 28, 2011

"It is said there is no sin in killing a beast, only in killing a man".


 Filem yang berdasarkan sebelum zaman 21 century. Aku tgk hari ahad, jam 9 mlm di HBO. Filem ini mengisahkan tentang serigala jadian yang sering menghantui pekan2 atau kampung2 di kawasan tersebut. Filem yang membuatkan aku banyak kali terkejut la jugak. Lawrence Talbot / The Wolfman ( Benicio Del Toro) merupakan anak kepada Sir John Talbot ( Anthony Hopkins). Lawrence ni tak tahu yang ayahnya ni wolfman. Lawrence mendapat surat lalu dia pulang ke kampung halamannya kerana adiknya telah dibunuh. Hairan tak hairan? So, balik la dia. Dia tak tahu semua ni ayah dia yang buat and plan. So, satu malam tu Lawrence ni diserang wolfman or sebenarnya ayah dia. Lawrence ni sakit-sakit la sebeb kena gigit dgn beast ni. Lama-kelamaan dia berubah menjadi wolf. So, mcm2 la jadi. Ada inspektor dtg nak catch la wolfman ni. Ingat senang ke. Hampir satu hari memburu the wolfman ni akhirnya dapat ditangkap. Ayah dia yang jumpa dia berdarah-darah sebab semua kambing biri2 Lawrence/Wolfman makan. So, tangkap bawak masuk hospital sakit jiwa.


 Dah bawak masuk hospital orang sakit jiwa pastu kena seksa pulak lagi. Kesian-kesian. Tapi last2 lepas jugak si Lawrence ni sebab turn jadi wolfman. Filem ni latar belakang gelap je. Siang hari pun nampak mcm gelap. Wolfman ni make-up mmg terbaik. Wolfman ini nampak real. Tu yang seram. Tapi time dlm hospital ni la aku cukup puas hati sbb doktor yang berlagak tu mampus kena baling dgn si wolfman ni. Padan muka. Dok mengata-gata lagi si wolfman ni, langsung hilang nyawa. Puas, cukup puas. Daripada 5 bintang aku boleh bagi 3 1/2 bintang je. Bagus mmg bagus, just zaman dia aje aku tak selesa sbb look scary. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila la tonton sendiri tak pun beli la vcd ke, dvd ke. Nak lagi senang belilah HBO.

 Jangan lupa simpan silver bullet bawah bantal...Awooohoooooooo....

No comments:

Post a Comment