Wednesday, March 30, 2011

Preview Filem : Kl Gangster

Filem ni da habis shoot. Tetap akan ditayangkan dlm tahun 2011 ini. Tak silap aku 9 Jun ni. I guess la. Filem ini mengisahkan tentang Malik ( Aaron Aziz ) yg baru dibebaskan dari penjara, Malik ingin berubah menjadi orang yang baik dan mahu menjalankan kerja yang halal. Tetapi dalam masa yang sama Mailk diburu oleh geng2 lamanya. Malik tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Mana2 ade jelah dorang ni. Sampai tak boleh duduk diam. Sama ada Malik kembali ke pangkal jalan ataupun mahu terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya. Lakonan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sheera Iskandar, Shoffi Jikan, Zul Huzaimy, Wan Maimunah, Ridzuan Hashim, Corrie, dan ramai lagi. Kalau nak tahu selanjutnya, tunggu jelah movie ni dekat pawagam. Harap-harap semua audience boleh menerima filem ini dengan baik. Tapi tak semestinya KL ni banyak gangster, ni semua rekaan semata-mata. .

SNEEK PEEK : BEHIND THE SCENE.
Zizan dan Aaron.

Adi Putra mmg hebat!

Aaron ber-kung-taw.

Syamsul Yusof @ Shark.

Dekat pasar pon kena kejar.

Stunt oleh Aaron Aziz. After all stunt dorang buat sendiri.

Perlu ke gangster kat belakang tu tutup mata...hahahahaha

Scene yang banyak darah.

Awesome...

Harap maklum. Terima kasih semua!

Monday, March 28, 2011

"It is said there is no sin in killing a beast, only in killing a man".


 Filem yang berdasarkan sebelum zaman 21 century. Aku tgk hari ahad, jam 9 mlm di HBO. Filem ini mengisahkan tentang serigala jadian yang sering menghantui pekan2 atau kampung2 di kawasan tersebut. Filem yang membuatkan aku banyak kali terkejut la jugak. Lawrence Talbot / The Wolfman ( Benicio Del Toro) merupakan anak kepada Sir John Talbot ( Anthony Hopkins). Lawrence ni tak tahu yang ayahnya ni wolfman. Lawrence mendapat surat lalu dia pulang ke kampung halamannya kerana adiknya telah dibunuh. Hairan tak hairan? So, balik la dia. Dia tak tahu semua ni ayah dia yang buat and plan. So, satu malam tu Lawrence ni diserang wolfman or sebenarnya ayah dia. Lawrence ni sakit-sakit la sebeb kena gigit dgn beast ni. Lama-kelamaan dia berubah menjadi wolf. So, mcm2 la jadi. Ada inspektor dtg nak catch la wolfman ni. Ingat senang ke. Hampir satu hari memburu the wolfman ni akhirnya dapat ditangkap. Ayah dia yang jumpa dia berdarah-darah sebab semua kambing biri2 Lawrence/Wolfman makan. So, tangkap bawak masuk hospital sakit jiwa.


 Dah bawak masuk hospital orang sakit jiwa pastu kena seksa pulak lagi. Kesian-kesian. Tapi last2 lepas jugak si Lawrence ni sebab turn jadi wolfman. Filem ni latar belakang gelap je. Siang hari pun nampak mcm gelap. Wolfman ni make-up mmg terbaik. Wolfman ini nampak real. Tu yang seram. Tapi time dlm hospital ni la aku cukup puas hati sbb doktor yang berlagak tu mampus kena baling dgn si wolfman ni. Padan muka. Dok mengata-gata lagi si wolfman ni, langsung hilang nyawa. Puas, cukup puas. Daripada 5 bintang aku boleh bagi 3 1/2 bintang je. Bagus mmg bagus, just zaman dia aje aku tak selesa sbb look scary. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila la tonton sendiri tak pun beli la vcd ke, dvd ke. Nak lagi senang belilah HBO.

 Jangan lupa simpan silver bullet bawah bantal...Awooohoooooooo....

Saturday, March 19, 2011

Stand By Me Reunion 25 Years Later.

Inilah wajah-wajah terbaru para pelakon kanak-kanak dlm filem Stand By Me. Dulu aku tengok dorang kecik-kecik jer. Cute pulak tu. Time tu tahun 1986 tapi filem ni bertemakan tahun 50an. Sekarang ni dah macam ayah orang. Biaselah dah dewasa. Filem ni mmg antara favourite filem aku la. Sbb crite budak-budak plus adventure, suka la aku. Dari kiri Jerry O'Connell, tengah Corey Feldman, kanan Wil Wheaton dan satu bintang yang hilang iaitu River Phoenix yang meninggal pada tahun 1993 akibat overdose. Dlm filem inilah career River Phoenix terus memuncak, tapi dah ajal nak buat macam mane. Dia antara yang terkacak la dlm filem ni. Tak sangka betul dah 25 tahun. Lame tu. Dorang ni pun dah tua, nak dekat 40 kot. Agak2nya la.

Zaman dulu pelakon kanak-kanak memang bagus-bagus. Filem melayu pun dulu pelakon kanak-kanak bagus. Sekarang ni smua mcm nak glamor je. Tengok pic atas tu. Banyak betul perubahan dorang. Yang gemuk jadi kurus, yang rambut kuning jadi hitam, yang cute jadi tak cute......hehehehe......First time watch filem ni mase aku sekolah rendah lagi. Sekarang ni aku dah abis sekolah. Lame la jugak tu. Mmg seronok filem ni. Lagu-lagu pon best. Bila tgk filem ni dan dengar lagu filem ni rase mcm hidup zaman tu jer. Bestnya.
Sekarang nak tgk tak dapat sbb dah lama tak keluar kat HBO. Malas la nak beli, mesti mahal. Tetapi memang ada kenangan terindah bila watch filem ni.

.....Love you guys....

Thursday, March 17, 2011

Preview Filem Kongsi : Lu Langsi Lu Mati

Filem ini adalah filem aksi komedi. Mengisahkan tentang penyiasatan ASP Sharif ( Fizo Omar ) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.  Kumpulan kongsi gelap yang terdiri drpd pelbagai bangsa ini menjadi huru hara setelah kehadiran seorang pembunuh upahan yang bernama Tumulak ( Shaheizy Sam ) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati. Selain itu, Detektif Maya ( Norliana Samsudin ) sukar mendapat maklumat kerana Tumulak licik dan  bergerak sendirian. Namun segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu ( Bront Palarae ). Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. So, apakah kesudahannya. Nantikan di pawagan di sekitar kawasan anda pada Mei ini.

SNEAK PEEK BEHIND THE SCENES!
Farid Kamil, director filem kongsi. The main cast, Shaheizy Sam dan David Teo, producernya.

The cast dan director.

Macam ni la Sam. Penat aku ajar kau.

Mampos kau! Baru betul.
  
Scene kejar-mengejar.

Yang penting aku handsome. hahaha

Kalau terjatuh atas rambut Sam ni boleh maut aku rasa.

Senyum selalu ok. Jangan lupe tonton ya.


Tuesday, March 15, 2011

That they have a cure and can change others back.


First yg menyebabkan aku nak tengok movie adalah Ethan Hawke. Fuhh handsome giler la walaupon jd vampire. Ok2 sekarang ni aku cerita la sikit pasal movie ni. Movie ni bagi aku boleh tahan la jugak. Maksud aku ade la idea dan pengajaran disebalik movie ni. Tak salah bagi aku, mmg bnyk pengajaran pon. Buat ape kita nak bunuh manusia pastu hisap darah dorang. Lebih baik ubah diri kita menjadi manusia. Dari pada membunuh orang ramai lebih baik cari penawarnya. Betulkan? Filem ni mmg amazing dan lain dari yang lain. Lain orang lain pendapatkan, tak tahu la orang lain kata ape. Walaupon permulaan babak agak slow tapi lama-kelamaan ok la. Kita kena layan dulu, baru la rase rancak sikit. Dorang ni ibarat vampire yang moden la jugak. Mcm dunia kita, ade askar la kerajaan la dan macam2. Filem ni Edward Dalton ( Ethan Hawke ) seorang doctor or scientist la mcm tu. Dia mmg tak minum darah manusia sbb dia dulu manusia. Dia ingin la menjadi manusia dan ditolong oleh Lionel "Elvis" Comac ( Wilhem Defoe ). Jadi lama-kelamaan jadilah dia manusia kembali. Dari situlah dia jumpa penawar. Jadi siapa2 yang vampire telah menghisap darah orang yang bertukar menjadi manusia, maka vampire itu bertukar la menjadi manusia. Sbb hanya darah orang yang ade penawar sahaja yang boleh mengubah dorang. So benda ni akan sampai la kat smua vampire. Jadi tu lah pengajarannya disebalik movie ni. Saling tolong-menolong. Bagi aku filem ni sangat fresh. Aku boleh bagi 4 star daripada 5. So, tengoklah nanti ok.
Dua yg atas tu mase dia still lagi vampire. Yang dua bawah tu dia dah jadi manusia. Handsomenye.....
Nnt jgn lupa tekan button like taw...hehehehe

Tuesday, March 1, 2011

Next time, I'll aim a little lower.

 
Ini merupakan kali pertama aku menonton Bonnie & Clyde. Well sangat memuaskan walaupon dua2 mati but it still an interesting movie. Clyde Barrow ( Warren Beatty ) is a small-time bank robber dan baru saja keluar dari penjara. Abg Clyde iaitu Buck Barrow ( Gene Hackman ) tanye Clyde "knape dlm jail kau tak buat kerja?". Clyde pon jawab "sbb kaki aku ni. Aku saja lukakan kaki aku ni sbb kalau ade org yang cedera, pihak penjara kata tak payah buat kerja2 memecahkan batu tu". Clever giler Clyde tu tp dia jln tempang sikit la sbb kalau hilang jari kaki, kita jln kan tak stabil sikit. Pandai2 pon tapi jadi perompak. Nasib-nasib. Tapi apa yg penting aku enjony sangat watching movie ini.

After that, he hooks up with Bonnie Parker ( Faye Dunaway ) a girl bored with her small-town life. Filem ini bertemakan tahun 1930an dan Bonnie & Clyde merupakan antara manusia yang agak terkenal pada tahun tersebut sbb dorang perompak bank.Perompak yang handsome lagi cantek gitu,sape tak nak tangkap kan.Pastu bergaya plak. Aku suke sangat tengok muka Clyde tu. Comel betul.Pada mata aku la, pada mata org lain aku tak tahu la. Tapi ade something special at him. Mase tengok movie ni aku terus fall in love kat dia.

Aku tengok kat tv2 aritu pkul 12.30 pg-2.30pg. Aku tgk seorang diri & kakak aku tak nak menemaniku, So, ditemani oleh Bonnie & Clyde la, perasaan takut tu terus hilang. Lg satu psl movie ni, Clyde ade abg bernama Buck dan mempunyai isteri yg bernama Blanche. Benci btol aku perempuan tu sbb suke menyebuk. Pastu dia asyik menjerit-jerit & suke carik gaduh. Mane tak Bonnie menyirap tengok si Blanche tu. Btw, si Blanche tu tercalon dlm Academy Awards best supporting actress & dia menang. So, role dia tu mmg hidup la. Ada lagi sorang, nama dia C.W. Moss. Aku tak tahu name betul dia ape. Dia kerja dgn Bonnie & Clyde dan juga merupakan penyelamat mereka. Tapi last2 dia yang belot. So, Bonnie & Clyde mati serta-merta la di tangan syerif pekan tu. Amat sedih la.

Pic atas ni ialah Warren Beatty dan dia membawa watak Clyde Barrow. Aku suke tengok muka dia. Dah berdarah-darah pon aku suke gak tengok dia ni. Kalau ade jejaka yang rupa mcm ni, takkan aku lepaskan. Tapi sekarang dia dah tua la & masih sihat lagi sbb baru2 ni aku ternampak dia kat Academy Awards. Muka cute tu ade lagi tp rambut jelah dah putih. So, sape yang belum tgk filem ni baik cepat2 tgk sbb best & amazing sangat. Bile tgk tu mesti la ade perasaan nak jadi mcm Bonnie & Clyde sbb seronok buat kerja tu. Pastu senang sangat nak glamor. Kalau kerja merompak ni halal, dah lama aku try. Tapi it not gonna happen because it out-laws. Well tu jelah. Btw, it's really exciting film in 60s. Amazing & triple amazing. Guess what? This here's Miss Bonnie Parker. I'm Clyde Barrow. We rob banks. Enjoy guys!!!