Sunday, April 3, 2011

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010.

Tahniah kepada Shaheizy Sam kerana telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 dengan jumlah undian sebanyak 126,168 undian. Aku mmg dah boleh agak dah dari mula. Memang Sam yang layak. Then, suka sangat dengan ketiga-tiga host tahun nie iaitu Sharifah Shahira, Raja Azura dan juga Zizan. Memang lawak. Ditambah pula dengan kehadiran Johan dan juga Usop Wilca sewaktu pengumuman Bintang Paling Popular tadi. Lawak, memang lawak! Tengok kat TV jer pun boleh tergelak apatah lagi mereka-mereka yang berada di Arena Stars, Genting Highlands pasti gelak berabis. Tahniah juga kepada Seniwati Dato Rosnani Jamil yang telah mendapat Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Kat bawah ni ade la sikit2 pic Sam yg aku dapat..ok enjoy! 

Sam bersama dgn hadiah2 nye.

tompang lalu syamsul..heheheh

jgn lupa call aku..

bersama dgn sister, brother & mothernya....

 
Di bawah adalah senarai pemenang ABPBH 2010.

Anugerah pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Rosnani Jamil
Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
Pelakon TV Wantia Popular : Fasha Sandha
Pelakon Komedi Lelaki Popular : Zizan
Pelakon Komedi Wanita Popular : Norkhiriah
Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular : Yuna
Penyanyi Baru Lelaki Popular : Shahir
Penyanyi Baru Wanita Popular : Ana Raffali
Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani
Artis Duo/Berkumpulan Popular : Sixth Sense
Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
Pengacara TV lelaki Popular : Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana


tahniah pada yang menang dan usaha lagi pada yang tidak menang!!
To my Big Boss, Aaron Aziz, you have to lose if you want to win. Yeah!! 
You still can win it. All the best to you & syamsul.

No comments:

Post a Comment