First sekali sorry kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Aku da lame tak update cos busy skit. So hari ini aku nak cerita sikit pasal filem terbaru arahan Osman Ali ini iaitu Cun!. Sis aku download tengah mlm tadi, so dlm pukul 1 pagi tu dah leh tgk. Aku tgk sampai pukul 3 pagi. Lama jugak la filem ni, tapi standard la time tu. Filem macam ni memang ringan, tak adalah sakit kepala otak nak tonton. Kira best la filem ni.Lakonan para pelakon pun hidup. Yang tak boleh cakap Kedah terus boleh cakap. Awek cun atau Luna ( Maya Karin ) mmg la cun, semua jantan nak dia tapi kalau ade hero kampung handsome mcm Atan ( Remy Ishak ) kat kampung aku, aku pun nak tackle. Problemnya belia2 kat kampung aku ni sombong2 belaka.
Ok nak cerita jalannya. Luna ini terkena gosip hangit pastu tak tahu nak buat apa sbb terasa malu terhadap tunangnya Ryan Hidayat ( Jehan Miskin ) yang main kayu tiga dengan dia, ape lagi terus mengamuk la Luna and terus putus dengan si keparat tu. So dia soh PA dia Tom ( Faezah Elai ) bawak dia pergi dok kat kampung Tom dekat Kedah. Bila dok dekat Kedah mula la kenal2 skit ngan orang kampung. Taw tak betapa amannya dok kat kampung. Masa tulah Luna ni kenai ngan Atan. Semua Tom punya pasal la. Disitu mulalah kisah cinta antara awek cun ngan hero kampung ni. So kat KL si Candy ( Ning Baizura ) sebok je memanjang nak mengejar gosip. Benci betul aku tengok dia. Si Atan ni ade adik, retard sikit. Nama adik dia manis ( aku tak ingat name btol dia ). So dah lama kenal sbb dok kampung, cinta Luna dan Atan pun berputik. Aku malas nak cerita lebih2 nnt keluar pulak lagu cinta kristal..hahahaha
Disamping itu juga terdapat 2 orang pompuan perasan dlm kampung itu, Bedah ( Mislina Mustaffa ) dan Eton ( Ape tah name chubby ni ), geram btol aku nengok dorang tu. Rasa mcm nak sepak terajang jer. Aku tak tahu la nak cerita apa lagi, kalau nak tahu lebih lanjut korang tonton la sendiri nanti tak surprise pulakkan. Btw, filem ni mmg adoreable, cute, exciting, amazing and funny. Kepada audience, kalau tonton filem ni mesti gelak taw dan kepada wanita2 jangan nangis, aku taw la sbb last2 filem ni menyentuh perasaaan sikit. Dalam erti kata lain "sedih".. Ok Enjoy! Bye semua!!
No comments:
Post a Comment