Mastura ( Nabila Huda ) dan Aidil ( Aqasha ) bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 5 Disember. Aidil mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan Mastura juga meminta Aidil mencarikan pekerjaan untuknya di sana supaya dapat membantu Aidil apabila berkahwin kelak. Mastura bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan di sana Aidil setia menanti kehadiran Mastura di stesen bas. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang amat menyukai Mastura, Firdaus (Aaron Aziz) merupakan seorang yang mental. Tetapi Mastura tetap ingin melarikan diri daripadanya sehinggalah Mastura menghilang. Namun sehingga 12 tengah malam, Mastura tidak muncul. Keadaan menjadi tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai. Cerita ini merupakan kisah benar dan Erma Fatima terpaksa mengolah sedikit kerana ibu bapa kepada si mati tidak membenarkan cerita ini disiarkan. So, yang benar adalah pemandu bas yang bunuh, tapi yang cerita ini si mental yang bunuh.
Lakonan : Aqasha, Nabila Huda & Aaron Aziz.
No comments:
Post a Comment