Thursday, December 30, 2010

5 DISEMBER.

Mastura ( Nabila Huda ) dan Aidil ( Aqasha ) bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 5 Disember. Aidil mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan Mastura juga meminta Aidil mencarikan pekerjaan untuknya di sana supaya dapat membantu Aidil apabila berkahwin kelak. Mastura bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan di sana Aidil setia menanti kehadiran Mastura di stesen bas. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang amat menyukai Mastura, Firdaus (Aaron Aziz) merupakan seorang yang mental. Tetapi Mastura tetap ingin melarikan diri daripadanya sehinggalah Mastura menghilang. Namun sehingga 12 tengah malam, Mastura tidak muncul. Keadaan menjadi tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai. Cerita ini merupakan kisah benar dan Erma Fatima terpaksa mengolah sedikit kerana ibu bapa kepada si mati tidak membenarkan cerita ini disiarkan. So, yang benar adalah pemandu bas yang bunuh, tapi yang cerita ini si mental yang bunuh.
Lakonan : Aqasha, Nabila Huda & Aaron Aziz.

Wednesday, December 29, 2010

Indonesia menang tetapi MALAYSIA CHAMPION!!!

First sekali tahniah buat pemain kebangsaan keran berjaya merangkul AFF Suzuki Cup bagi tahun 2010. Ini merupakan kali pertama sejak penyertaan sulung di Singapura pada 1996. Malaysia mendahului 3 dan Indonesia 0. Agregat 4-2 apabila menentang Indonesia buat kali kedua. Malam tadi aku tengok dengan abang aku, kakak aku, bapak aku, ibu aku pun sikit-sikit jelah. Game malam tadi memang buat aku gila, sekejap menjerit lps tu menjerit lagi kuat. Apa-apa pun Mohd Safee Mohd Sali dan Khairul Fahmi Che Mat memang terbaik malam tadi. Penjaga gol kita terlepas pun sbb 1 bola mentah pastu bola melencong tempat lain. Apa yang sure dia dapat save penalti pemain Indonesia, itu yang buat aku rasa dia memang bagus. Lain-lain lagi aku tak nampak pulak pompuan yang sebok nak pasang leser kat bra dia tu. Mencari jugak tapi tak jumpa pun. Kau ni buat malu kaum wanita jelah. Bagi aku itu memang idea bodoh dan aku rasa dia tu macam tak pernah pergi sekolah jer. Korang cakaplah apa-apa pun sebab aku tak peduli because MALAYSIA tetap juara Piala AFF Suzuki 2010.

Monday, December 27, 2010

NO MORE SCHOOL!

Ni merupakan pic terakhir aku dan kawan-kawan kelas. Memang seronok la kan da tak payah nak pergi sekolah lagi pastu tak payah nak buat ujian lagi. Mane lagi aku nak cari kelas yang macam ni. Guru kelas aku lelaki yang pakai baju biru tu, tapi kadang-kadang aku tengok dia macam murid pon ade jugak sbb dia kecik. Kawan-kawan kelas mmg ruggart dan tak cerewet. Semua ada. Melayu, Cina, India, dan yang bangsa lain tu aku tak tahu la ape name nyer. Tapi kita org semua ok jer. Kalau aku dpt sambung belajar pon belum tentu aku dpt kawan-kawan kelas yang macam ni. Aku berharap korang semua berjaya tak kira la bab kerja ke belajar  ke. Orang kata kalau kita ingat kat dia, dia pasti ingat kat kita. Aku harap korang macam tu ye...GOOD LUCK GUYS!

Sunday, December 26, 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH!

Movie ni mmg best sbb komedi. Lagi pon kalau cerita-cerita klakar ni kita tak yah nak fikir-fikirkan sangat. Logik ke tak logik ke, itu anggapan peminat la. Aku tengok je untuk mengisi masa lapang. Tak sangka pulak seronok. Si Kak Limah ni sebenarnya bukan hantu, tapi mental. Kak Limah ni baru jer lari dari hospital gila, dorang semua ingatkan kak limah tu dah mati pastu jadi hantu. Tapi tak pon. Mamat Khalid memang clever, outstanding director. Movie ni funny, scary la kadang-kadang, tu pon sikit jer. Bagi aku, aku akan bagi semua review yang positif. Bintang pulak aku bagi 4/5 bintang. Paling full bintang pon aku bagi dekat Pak Abu, Pak Jabit dgn Usop sbb dorang ni yang menghidupkan watak masing-masing, kalau tak, aku rasa tak jadi movie ni. Ini adalah sambungan daripada movie ZOMBI KAMPUNG PISANG dan yang movie ni tak ade zombi. Tahu tak kenapa? A'ah, ni yang kita tak tahu...

Saturday, December 25, 2010

I wish I wrote his song...

I guess this year could be the best year to KID ROCK because his song is so amazing in the BORN FREE album. Masa dulu-dulu tak nak buat lagu bagus-bagus, sekarang baru kau sedar. Dulu aku memang tak suka kid rock ni sebab dia macam over. Tapi sekarang i like him so much and his music is my inspiration. Kalau anda semua ada FACEBOOK sila lah tekan butang LIKE di fan page KID ROCK jika anda merupakan peminat dia...