Thursday, May 12, 2011

Can't Wait to see It!!!

Love Johnny Depp so much!
Aku mmg peminat setia Johnny Depp, aku harap film ni meletop-letop di pawagam. Sebenarnya semua film Johnny Depp blakon aku suka. Harap2 yang ni tak akan menghampakan semua peminat.


Abg besar suda keluar. Wa ingt lu da mampus!
Aaron Aziz & Aaron Aziz. My lovely boss.
Filem aksi yang agak ganas dan panas sekarang ni. Yang penting Aaron hot!!!


The big fat Panda!
Minat2 sangat dengan film ini. Kira tgk beratus kali pun takkan muak. Aku mmg nak tengok part 2 ini. Everybody love kung fu fighting...Woooohooooo!!!.


Before mutan, they just human..
Favourite sejak first x-men lagi. Best sbb ade power. Agak2nya siapalah yang sudi nak tgk film ini dengan aku kat panggung?? Tapi tgk sorang pun tak apa.



Kehidupan adik-beradik yang terumbang-ambing.
Masalah sosial sekarang ini mmg da teruk. Tu la sbb aku nak sangat tgk film ini. Nak tgk apa pangajaran di sebalik film ini. Sokonglah film negara kita.


Burn you in hell Voldermort!
Mmg best. Harry Potter is back! But ini last, lepas ini tak adalah harry potter lagi. Aku harap film ini lebih bagus dan lebih baik dari harry potter yg sebelum ini. Yang penting, para pelakon kekal orang yang sama.


Bradley Cooper is mine!
Dah tengok part 1, mestilah kena tgk part 2. Lagipun boyfriend aku blakon dlm film ini. Bradley Cooper. sape tak nak tgk. Lepas ini start la aku gaduh ngan kakak aku rebutkan Bradley Cooper.


I always love green..
Macam biasa, kalau hero kita minat mestilah nak tengok. Ryan Reynolds tu.24 jam superhero je. Harap2 film ini lebih enak sikit dari Spider-man..


Film Afdlin Shauki. Mestilah nak tgk..
Semua film Afdlin Shauki aku bantai tgk. Mmg best, funny, exciting, semualah. Tapi yang ini takkan aku lepaskan. Kalau tak dapat tgk pun, aku just download jelah.


The Captain is back!
Sudah sekian lama Captain America membisu + mendiamkan diri. Akhirnya ada jugak penerbit nak filmkan cerita ini. Tapi dulu ada jugak, tapi lama punya la. Yang ni kira remake kot. But aku sure yang ni lebih baik dari yang dulu. I hope so.


Johnny English Reborn..
Mr Bean wie. Mmg minat pun. Lgpun aku dah tgk yang part 1 punya. Lama la jugak nak tunggu part 2 ni. Cerita ni mmg kelakar abis, tu yg aku suka. Bestnyer~~~. Meh la tonton ok.


Misteri itu menarik..
Misteri disebalik film ini adalah Hans Isaac...hahahaha...Tak adalah. Aku just fan Hans Isaac je. Well, sekali lagi buah tangan Afdlin Shauki. Maybe film ni unik aku rasa. Tu juga antara sbbnya aku suka film Afdlin sbb dia seorang yang creative, bijak dan unik berbanding dengan director lain. Hahaha.



Sherlock Holmes : A Game of Shadows.
Wo! Ini lagi berdebar aku nak tengok. First punya aku tonton dekat panggung with my sister, my cousin and my lovely mom. Action film ni mmg menarik. Dialog yang agak tajam. Film action pack, sape tak nak tgk. Yang aku ingt last sekali Downey sebut "Professor Moriarty". Dah tentu la part 2 ni nak selesaikan kes ni. You better watch out professor, because Sherlock Holmes is back!

Last but not the least, terima kasih kerana sudi membaca blog saya. After this, I have to go for 3 months, because I will be a soldier, military, army and much more. But I'll be back and start this blog again. Harap2 korang semua sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Well, see u guys in August. Enjoy!

Wednesday, May 11, 2011

Preview Filem : Songlap (Sah diperlakukan dengan Nilai)

( Poster Sementara )

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.  Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK (Izzue Islam) kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?.... Jangan lupa saksikan filem Songlap ( sah diperlakukan dengan nilai ) di pawagam sekitar tahun 2011. Mesti tonton taw! Enjoy!

SNEEK PEEK : BEHIND THE SCENE
Ad ( Syafie Naswip ) & Am ( Shaheizy Sam )

Hawa ( Sara Ali )

 Duduk kat Bandar...tengok langit...mesti tak nampak bintang.

Berserabut....

Shhh~~~..Tolonglah minum...

marilah berdrama sikit...

Time shooting...

Sara mmg cool....

Apahal? Aku pun tak tahu...

Hari terakhir Para2 Sakura Filem Songlap..

Good luck utk korang. Terima Kasih.....