Saturday, April 23, 2011

Kalau ada awek Cun, sape tak nak try..

First sekali sorry kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Aku da lame tak update cos busy skit. So hari ini aku nak cerita sikit pasal filem terbaru arahan Osman Ali ini iaitu Cun!. Sis aku download tengah mlm tadi, so dlm pukul 1 pagi tu dah leh tgk. Aku tgk sampai pukul 3 pagi. Lama jugak la filem ni, tapi standard la time tu. Filem macam ni memang ringan, tak adalah sakit kepala otak nak tonton. Kira best la filem ni.Lakonan para pelakon pun hidup. Yang tak boleh cakap Kedah terus boleh cakap. Awek cun atau Luna ( Maya Karin ) mmg la cun, semua jantan nak dia tapi kalau ade hero kampung handsome mcm Atan ( Remy Ishak ) kat kampung aku, aku pun nak tackle. Problemnya belia2 kat kampung aku ni sombong2 belaka.

Ok nak cerita jalannya. Luna ini terkena gosip hangit pastu tak tahu nak buat apa sbb terasa malu terhadap tunangnya Ryan Hidayat ( Jehan Miskin ) yang main kayu tiga dengan dia, ape lagi terus mengamuk la Luna and terus putus dengan si keparat tu. So dia soh PA dia Tom ( Faezah Elai ) bawak dia pergi dok kat kampung Tom dekat Kedah. Bila dok dekat Kedah mula la kenal2 skit ngan orang kampung. Taw tak betapa amannya dok kat kampung. Masa tulah Luna ni kenai ngan Atan. Semua Tom punya pasal la. Disitu mulalah kisah cinta antara awek cun ngan hero kampung ni. So kat KL si Candy ( Ning Baizura ) sebok je memanjang nak mengejar gosip. Benci betul aku tengok dia. Si Atan ni ade adik, retard sikit. Nama adik dia manis ( aku tak ingat name btol dia ). So dah lama kenal sbb dok kampung, cinta Luna dan Atan pun berputik. Aku malas nak cerita lebih2 nnt keluar pulak lagu cinta kristal..hahahaha

Disamping itu juga terdapat 2 orang pompuan perasan dlm kampung itu, Bedah ( Mislina Mustaffa ) dan Eton ( Ape tah name chubby ni ), geram btol aku nengok dorang tu. Rasa mcm nak sepak terajang jer. Aku tak tahu la nak cerita apa lagi, kalau nak tahu lebih lanjut korang tonton la sendiri nanti tak surprise pulakkan. Btw, filem ni mmg adoreable, cute, exciting, amazing and funny. Kepada audience, kalau tonton filem ni mesti gelak taw dan kepada wanita2 jangan nangis, aku taw la sbb last2 filem ni menyentuh perasaaan sikit. Dalam erti kata lain "sedih".. Ok Enjoy! Bye semua!!

Tuesday, April 5, 2011

"If the Devil is real, then God must be real, too."

Baru-baru ni aku menonton filem Devil ni. Kakak aku yang download. Berjam-jam la jugak download, dan hasilnya memuaskan sbb gambar pun cantik. Ni nak cerita sikit, filem ni bagus la jugak sbb bukan senang nak buat cerita kat dlm lift. M. Night Shyamalan ni mmg clever la. Sejak dari dulu lagi aku dah ikut film dia. Filem ni tentang five strangers yang tersekat dlm lift no.6. Tak no.6 tingkat 6. Macam tu lah. Yang tersekat tiga lelaki dua perempuan. Mula-mula aku ingatkan lift tu yang ada setan, rupa-rupanya salah seorang dari dorang itu yang setan. Tak tahu pulak aku setan suka naik lift. Filem ni tak sampai 2 jam pun, tapi best. Kalau lama-lama sangat sakit pinggang la aku. Setan memang suka kacau orang lebih-lebih lagi yang lemah semangat. Tak gitu Pak Jabit?? hehehhehe....

Pic atas ni la yang menunjukkan lima orang yang tersekat tu. Yang paling aku seram, setiap kali lampu dlm lift tu terpadam, salah satu daripada dorang mesti mati. Kena tikam la, kena gantung la, ngeri. Tak nak la cerita banyak2 nnt tak surprise la korang. Sebenarnya kekuatan setan ni kat dlm gelap, tu la yang susah. Tapi film ni semua hanyalah rekaan semata-mata. It from the Mind of M.Night Shyamalan. Tapi kadang-kadang boleh berlaku jugak benda2 mcm ni. Kira filem ni takdelah seram sangat mcm film hantu melayu. Kira tak mengganggu tidur malam korang. Kalau hantu film melayu asik teringat-ingat je. Payah betul.

Hero atas ni merupakan polis yang siasat kes2 famous la. Polis ni mula-mula tak percaya apa yang orang kat blakang dia tu ckp. Orang yang kat belakang dia tu ckp maybe ada kuasa jahat dlm lift tu, ataupun Devil. Ni setan menyamar manusia taw. Polis ni kehilangan isteri serta anak lelaki dia dlm sebuah kemalangan dan dlm kemalangan tu dia terjumpa note tulis " I'm so sorry ". So sejak tu dia dah tak percaya ngan benda2 mcm ni. Tapi last2 dia perasan gak. Polis ni connect dorang melalui radio la yang bleh kuar suara kat dlm lift tu. Masa lampu terpadam polis ni soh dorang semua kuar kan handphone dan suluhkan kepada orang2 yang ade dlm lift tu. Tapi malang got no smell sbb phone dorang semua kena tarik ngan setan yang mmg tak nampak dlm lift tu. So ape lagi, mati la lagi sorang. Aku mmg nak bagi taw sape yang setan kat dlm lift tu, tapi aku nak korang tonton la sendiri ok. Lebih surprise sbb aku tak terpikir pun yang dia tu sebenarnya setan yang menyamar sbg manusia. Filem ni hanya nak memberikan peringatan kepada mereka2 yg ade dlm lift tu. Kalau ade buat salah lebih baik mengaku. Pengajaran disebalik filem ni ialah jangan lari dari kesalahan yang dilakukan, walaupun kebenaran itu perit. Lebih baik didakwa oleh mahkamah daripada nyawa diambli oleh "The Devil" ....Enjoy semua!!


 

Sunday, April 3, 2011

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010.

Tahniah kepada Shaheizy Sam kerana telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 dengan jumlah undian sebanyak 126,168 undian. Aku mmg dah boleh agak dah dari mula. Memang Sam yang layak. Then, suka sangat dengan ketiga-tiga host tahun nie iaitu Sharifah Shahira, Raja Azura dan juga Zizan. Memang lawak. Ditambah pula dengan kehadiran Johan dan juga Usop Wilca sewaktu pengumuman Bintang Paling Popular tadi. Lawak, memang lawak! Tengok kat TV jer pun boleh tergelak apatah lagi mereka-mereka yang berada di Arena Stars, Genting Highlands pasti gelak berabis. Tahniah juga kepada Seniwati Dato Rosnani Jamil yang telah mendapat Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Kat bawah ni ade la sikit2 pic Sam yg aku dapat..ok enjoy! 

Sam bersama dgn hadiah2 nye.

tompang lalu syamsul..heheheh

jgn lupa call aku..

bersama dgn sister, brother & mothernya....

 
Di bawah adalah senarai pemenang ABPBH 2010.

Anugerah pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Rosnani Jamil
Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
Pelakon TV Wantia Popular : Fasha Sandha
Pelakon Komedi Lelaki Popular : Zizan
Pelakon Komedi Wanita Popular : Norkhiriah
Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular : Yuna
Penyanyi Baru Lelaki Popular : Shahir
Penyanyi Baru Wanita Popular : Ana Raffali
Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani
Artis Duo/Berkumpulan Popular : Sixth Sense
Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
Pengacara TV lelaki Popular : Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana


tahniah pada yang menang dan usaha lagi pada yang tidak menang!!
To my Big Boss, Aaron Aziz, you have to lose if you want to win. Yeah!! 
You still can win it. All the best to you & syamsul.

Wednesday, March 30, 2011

Preview Filem : Kl Gangster

Filem ni da habis shoot. Tetap akan ditayangkan dlm tahun 2011 ini. Tak silap aku 9 Jun ni. I guess la. Filem ini mengisahkan tentang Malik ( Aaron Aziz ) yg baru dibebaskan dari penjara, Malik ingin berubah menjadi orang yang baik dan mahu menjalankan kerja yang halal. Tetapi dalam masa yang sama Mailk diburu oleh geng2 lamanya. Malik tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Mana2 ade jelah dorang ni. Sampai tak boleh duduk diam. Sama ada Malik kembali ke pangkal jalan ataupun mahu terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya. Lakonan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sheera Iskandar, Shoffi Jikan, Zul Huzaimy, Wan Maimunah, Ridzuan Hashim, Corrie, dan ramai lagi. Kalau nak tahu selanjutnya, tunggu jelah movie ni dekat pawagam. Harap-harap semua audience boleh menerima filem ini dengan baik. Tapi tak semestinya KL ni banyak gangster, ni semua rekaan semata-mata. .

SNEEK PEEK : BEHIND THE SCENE.
Zizan dan Aaron.

Adi Putra mmg hebat!

Aaron ber-kung-taw.

Syamsul Yusof @ Shark.

Dekat pasar pon kena kejar.

Stunt oleh Aaron Aziz. After all stunt dorang buat sendiri.

Perlu ke gangster kat belakang tu tutup mata...hahahahaha

Scene yang banyak darah.

Awesome...

Harap maklum. Terima kasih semua!

Monday, March 28, 2011

"It is said there is no sin in killing a beast, only in killing a man".


 Filem yang berdasarkan sebelum zaman 21 century. Aku tgk hari ahad, jam 9 mlm di HBO. Filem ini mengisahkan tentang serigala jadian yang sering menghantui pekan2 atau kampung2 di kawasan tersebut. Filem yang membuatkan aku banyak kali terkejut la jugak. Lawrence Talbot / The Wolfman ( Benicio Del Toro) merupakan anak kepada Sir John Talbot ( Anthony Hopkins). Lawrence ni tak tahu yang ayahnya ni wolfman. Lawrence mendapat surat lalu dia pulang ke kampung halamannya kerana adiknya telah dibunuh. Hairan tak hairan? So, balik la dia. Dia tak tahu semua ni ayah dia yang buat and plan. So, satu malam tu Lawrence ni diserang wolfman or sebenarnya ayah dia. Lawrence ni sakit-sakit la sebeb kena gigit dgn beast ni. Lama-kelamaan dia berubah menjadi wolf. So, mcm2 la jadi. Ada inspektor dtg nak catch la wolfman ni. Ingat senang ke. Hampir satu hari memburu the wolfman ni akhirnya dapat ditangkap. Ayah dia yang jumpa dia berdarah-darah sebab semua kambing biri2 Lawrence/Wolfman makan. So, tangkap bawak masuk hospital sakit jiwa.


 Dah bawak masuk hospital orang sakit jiwa pastu kena seksa pulak lagi. Kesian-kesian. Tapi last2 lepas jugak si Lawrence ni sebab turn jadi wolfman. Filem ni latar belakang gelap je. Siang hari pun nampak mcm gelap. Wolfman ni make-up mmg terbaik. Wolfman ini nampak real. Tu yang seram. Tapi time dlm hospital ni la aku cukup puas hati sbb doktor yang berlagak tu mampus kena baling dgn si wolfman ni. Padan muka. Dok mengata-gata lagi si wolfman ni, langsung hilang nyawa. Puas, cukup puas. Daripada 5 bintang aku boleh bagi 3 1/2 bintang je. Bagus mmg bagus, just zaman dia aje aku tak selesa sbb look scary. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila la tonton sendiri tak pun beli la vcd ke, dvd ke. Nak lagi senang belilah HBO.

 Jangan lupa simpan silver bullet bawah bantal...Awooohoooooooo....

Saturday, March 19, 2011

Stand By Me Reunion 25 Years Later.

Inilah wajah-wajah terbaru para pelakon kanak-kanak dlm filem Stand By Me. Dulu aku tengok dorang kecik-kecik jer. Cute pulak tu. Time tu tahun 1986 tapi filem ni bertemakan tahun 50an. Sekarang ni dah macam ayah orang. Biaselah dah dewasa. Filem ni mmg antara favourite filem aku la. Sbb crite budak-budak plus adventure, suka la aku. Dari kiri Jerry O'Connell, tengah Corey Feldman, kanan Wil Wheaton dan satu bintang yang hilang iaitu River Phoenix yang meninggal pada tahun 1993 akibat overdose. Dlm filem inilah career River Phoenix terus memuncak, tapi dah ajal nak buat macam mane. Dia antara yang terkacak la dlm filem ni. Tak sangka betul dah 25 tahun. Lame tu. Dorang ni pun dah tua, nak dekat 40 kot. Agak2nya la.

Zaman dulu pelakon kanak-kanak memang bagus-bagus. Filem melayu pun dulu pelakon kanak-kanak bagus. Sekarang ni smua mcm nak glamor je. Tengok pic atas tu. Banyak betul perubahan dorang. Yang gemuk jadi kurus, yang rambut kuning jadi hitam, yang cute jadi tak cute......hehehehe......First time watch filem ni mase aku sekolah rendah lagi. Sekarang ni aku dah abis sekolah. Lame la jugak tu. Mmg seronok filem ni. Lagu-lagu pon best. Bila tgk filem ni dan dengar lagu filem ni rase mcm hidup zaman tu jer. Bestnya.
Sekarang nak tgk tak dapat sbb dah lama tak keluar kat HBO. Malas la nak beli, mesti mahal. Tetapi memang ada kenangan terindah bila watch filem ni.

.....Love you guys....

Thursday, March 17, 2011

Preview Filem Kongsi : Lu Langsi Lu Mati

Filem ini adalah filem aksi komedi. Mengisahkan tentang penyiasatan ASP Sharif ( Fizo Omar ) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.  Kumpulan kongsi gelap yang terdiri drpd pelbagai bangsa ini menjadi huru hara setelah kehadiran seorang pembunuh upahan yang bernama Tumulak ( Shaheizy Sam ) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati. Selain itu, Detektif Maya ( Norliana Samsudin ) sukar mendapat maklumat kerana Tumulak licik dan  bergerak sendirian. Namun segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu ( Bront Palarae ). Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. So, apakah kesudahannya. Nantikan di pawagan di sekitar kawasan anda pada Mei ini.

SNEAK PEEK BEHIND THE SCENES!
Farid Kamil, director filem kongsi. The main cast, Shaheizy Sam dan David Teo, producernya.

The cast dan director.

Macam ni la Sam. Penat aku ajar kau.

Mampos kau! Baru betul.
  
Scene kejar-mengejar.

Yang penting aku handsome. hahaha

Kalau terjatuh atas rambut Sam ni boleh maut aku rasa.

Senyum selalu ok. Jangan lupe tonton ya.