Monday, February 21, 2011
Aaron & Dahlia...Sending her for blood test cause high fever.
Don't worry Aaron, Dahlia will be fine. Doc kate la. Biase la budak dlm lingkungan umur 1-3 tahun ni mmg sering demam, kadang-kadang tak sedap badan, mcm tu ar. Parents layan jelah karenah anak-anak dorang tu. Maybe kadang-kadang rindu kat daddy sbb selalu takde kat rumah. Maklumlah sebok pergi shooting. Btw aku harap Dahlia akan sihat mcm daddy dia & akan membesar seperti kanak-kanak biase. Parents memainkan peranan yang penting untuk menyembuhkan penyakit anak-anak mereka. Jangan harapkan orang lain jer. So, good luck Aaron, Kak Diyana & Dahlia...
Wednesday, February 9, 2011
Review Filem " 8 JAM "
scene lawan ala2 tony jaa..

brother ni handsome, muka mcm Ballack...
make-up..
Sam berehat..
Filem terbaru arahan Ahmad Idham bertajuk 8 Jam. Akan menemui para penonton di pawagan sekitar tahun ini. Mcm biase lakonan Shaheizy Sam, Yana Shamsuddin & ramai lagi. Dlm tahun ini saja Metrowealth mengeluarkan hampir 40 filem. Agaknya la. Filem 8 Jam ni tentang seorang lelaki yang akan digantung dan dia hanya mempunyai 8 Jam sahaja lagi utk hidup. Dlm masa yg sama dia telah di kejar sambil itu berlawan ala2 Tony Jaa & Jackie Chan. Hebat la jugak. Filem ini shoot kat Chow Kit. Bagi Metrowealth Shaheizy Sam merupakan tangkal utk filem2 Metrowealth sbb smua filem dia laku. Ni antara pic2 ketika shooting. Pic2 yg lain mmg xde & susah nak dpt.
makan time & meeting time..
making..
time-out..
Sunday, January 30, 2011
Betul ke ade hantu kat rumah seksyen 2 dpn wetworld?
Aku tak taw la sbb bkn aku yg kene. Cerita ni dah 9 tahun lalu. Aku terbaca dan terus baca walaupon panjang gak story nyer. Serious mmg takut giler. Tu baru bace jer belum lagi duduk kat situ. Masa sis aku blajar kat uitm kite org selalu lalu kat umah tu sbb tiap2 minggu ibu ngan bapak aku hantar sis aku. Aku pon ikut la skali. Mmg ade umah tu aku pon perasan. Struktur umah mmg style lama. Aku tgk pon seram. Patut lah tak ade orang duduk. Pelikkan. Tapi ape sbbnya ade hantu kat umah tu. Ade org mati ke dulu? Ke tempat tu bekas tanah perkuburan? Sbb aku bace dorg tu jmpe bnyk hantu. Hantu budak kecik, hantu mcm pontianak, hantu menyerupai kwn2 dorg & smpai jmpe batu nisan atas katil. Seram kan. Kite mane taw ape2 kan. Dorang peduli ape nak bagi kite tanah kat mane pon. Asalkan kite ade tmpt tinggal. Lagi pon dah bertahun tp takkan jiran tak merungut kan? Mmg ade kes budak2 uitm dok situ dan 2 drpdnya dah meninggal. Mase tu kwn die terpikir la sbb dorg ade kacau busut kat belakang umah tu. Bapak aku pon ckp jangan usik busut2 kalau jumpe sbb jin suke dok kat situ. Jmpe ke tak jmpe ke aku ttp tak nak usik. Btw kalau nak siasat pon susah kan, kite ni manusia bkn jin so ssh la nak mengetahui. Hanya Allah sahaja yang mengetahui ape yang terjadi kat umah tu dan puncanya. Al-fatihah kepada mereka yang meninggal.
Saturday, January 22, 2011
Interlok.
Aku bukan la mengata tp pasal hal kecik mcm ni korang besar-besarkan. Tambah-tambah pulak PM kite ni bagi muke lagi kat dorang. Nak buat mcm mane name pon sejarah, takkan korang tak pernah nmpk words tu dlm buku sejarah lain. Itu mmg betul ada bkn di ada-adakan. Aku pon pergi la sekolah dulu, takde orang kecoh pon. Mungkin sesetengah pihak menimbulkan perasaan prasangka, tp udah-udah la tu. Kite ni bukan negera yang berperang, kata 1Malaysia. Banggakan la sangat. Orang yang menulis buku ni lebih pandai, so jgn nak mengata dia sbb dia pandai sejarah. Orang yang bodoh je sebok nak buka pasal kes ni. Apa-apa pon aku berharap agar semakin kuranglah orang yang berfikiran sempit. Tak akan timbul isu perkauman lagi sbb aku mmg hidup aman di Malaysia ni. Mempunyai pelbagai bangsa. Semua bangsa aku buat kawan, bagi aku ini yang terbaik dari negara-negara yang lain.
Thursday, January 20, 2011
Selamat Hari Jadi Ke-18 Buat Diriku..
Terima Kasih kepada semua yang telah wish birthday aku. God bless you guys. I hope I will fill with joy and happiness at very time for this new year. Thank you so much to people who always care about me especially Ibu & Bapak and of course friends, cousins and to all who knew me. Thanks again..=)
Monday, January 17, 2011
The 68th Golden Globe.
Aku tgk Golden Globe dan aku rase takdelah bosan sangat sbb artis-artis tu semua pandai buat lawak. Acara tersebut ringkas dan tertutup. Yang paling menang besar Glee & The Social Network. Actor filem terbaik (drama) Colin Firth, actress filem terbaik (drama) Natalie Portman, actor filem terbaik (muzikal / comedy) Paul Giamatti, actress filem terbaik (muzikal / comedy) Annette Bening, actor pembantu terbaik Christian Bale & actress pembantu terbaik Melissa Leo. Filem terbaik drama : The Social Network, filem muzikal / comedy terbaik : The Kids Are All Right. Director terbaik : David Fincher. Aku tulis yang penting jelah bagi filem-filem. Pakaian dorang pon cantik-cantik, takdelah merepek sangat, warna-warna pon cool. Nak buat macam mane, negara dorang maju. Overall the golden globe is amazing and perfectico.
Tuesday, January 11, 2011
Kenapa Pelakon Kacukan Orang Putih Kurang Famous?
Aku tak tahu la kenapa, tapi setelah diselidik, mmg pelakon mix ni kurang glamor. Nak kata berlakon filem, tak jugak. Dania Danielle tu ade la jugak tapi still tak dapat mengangkat name dia di Malaysia ini. Tak dinafikan tapi lakonan dorang bagus jugak, ada bakat dan macam-macam lagi. Mungkin sebab dorang ni mix, so macam orang putih la. Cuba korang test berlakon kat Hollywood, mungkin diiktiraf. Pakej dah ade, handsome, cantik, lawa, gebu lagi tapi tak famous. Pelakon yang melayu betul akan famous walaupun asal dari Singapura. Sebenarnya ramai yang kacukan orang putih ni jadi pelakon kat Malaysia ni, tapi still tak dapat naik jugak. Contohnya, Natasha Hudson or Deana Yusof. Aku tak tahu mane dorang tu pergi. Apa-apa pun bakat yang penting, bukan paras rupa. Banyak bakat yang ada kat dorang cuma kita janganlah pandang dengan sebelah mata jer. Btw mix ke tak mix ke, bakat korang dalam setiap lakonan akan tetap dihargai.
Subscribe to:
Posts (Atom)










